Isnin, 23 Februari 2015

Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-13

PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA 1,
BUKIT BERUNTUNG, HULU SELANGOR,
48300 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN

Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-13
     Hari                        :           Ahad
     Tarikh         :           1 Februari 2015
     Masa           :           8.30 Pagi
     Tempat       :           Dewan Tan Sri Mustapha Kamal, SKTBR1
                     Kehadiran      :           272

(A)       MAJLIS PERASMIAN
(1)        Ucapan Guru Besar  :  En. Mohd Hasren bin Damiri
1.1       Ucapan terima kasih dan selamat datang kepada Dato’ Zainal Abidin Bin Hj Sakom, sudi hadir merasmikan Mesyuarat Agung PIBG  kali ke -13. Semoga dengan kehadiran beliau dapat manfaat dan ilmu untuk ibu bapa dan guru- guru
1.2       Ucapan terima kasih juga kepada YDP, NYDP dan juga ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini. YDP dan NYDP banyak membantu pihak sekolah membawa kecemerlangan melalui aktiviti yang dijalankan.
1.3       Ucapan terima kasih kepada mantan Guru Besar yang telah menerajui banyak kejayaan khususnya peningkatan dalam kuantiti  pencapaian UPSR 2014 dari 69% kepada 75% dan GPS : 2.27
1.4       Memaklumkan sekolah telah dicalonkan untuk menerima Baiah dan jemaah nazir telah datang menilai hasil daripada peningkatan dalam peperiksaan UPSR 2014.  Keputusan akan diketahui pada bulan April.
1.5       Menyatakan kejayaan Program – program sekolah, antaranya Program Linus yang mana telah mencapai tahap menguasai melebihi 90% kecuali Linus Tahun 1 bagi Bahasa Melayu iaitu 85.92%. Selain itu, kejayaan dalam Doktor Muda dan pertandingan  Safety Squard anjuran Perodua yang membawa pulang RM8000. Begitu juga dengan kejayaan unit kokurikulum yang memenangi pengurusan kokurikulum  terbaik di Hulu Selangor.
1.6       Guru besar memaklumkan tentang Sarana PIBG yang dilaksanakan untuk memberi ruang dan peluang kepada ibu bapa dalam membantu sekolah. Ibu bapa yang mempunyai kemahiran tertentu mahupun tenaga boleh menyumbang kepada sekolah. Namun kehadiran ibu bapa pada setiap aktiviti sekolah pada tahap kurang memberangsangkan. Justeru pada tahun ini, diharapkan lebih ramai ibu bapa melibatkan diri dalam aktiviti sekolah.
1.7       Melahirkan rasa kesedihan dan kekesalan  apabila  sekolah SKTBR 1dijadikan tempat pelupusan sampah. Terdapat segelintir di kalangan penduduk membuang sampah ke dalam kawasan sekolah. Selain itu, terdapat anak murid yang menghidu gam di hadapan sekolah.
1.8       Guru Besar menyampaikan pesanan kepada semua yang hadir agar memandang guru dengan penuh kasih sayang doakan guru  dengan khusyuk dan tawadduk serta diberi kesejahteraan dan keikhlasan dalam menjalankan tanggungjawab.
1.9       Memaklumkan YDP akan menyerahkan ‘Display Board’ sebagai satu wadah menyampaikan maklumat kepada semua ibu bapa.
1.10     Memaklumkan ibu bapa boleh menghubungi guru besar melalui telefon dan email SK Taman Bunga Raya 1.

(2)        Ucapan YDP PIBG : En. Khairuddin Bin Hashim
2.1       Terima kasih di atas kehadiran Dato’ Zainal Abidin bin Hj Sakom untuk hadir merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 13 serta ibu bapa yang hadir.
2.2       Pencapaian sesebuah sekolah dalam akademik dan kokurikulum didokong dan disokong oleh PIBG , justeru pihak PIBG senantiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakanan sesuatu program.
2.3       Mengharapkan barisan PIBG bagi tahun 2015 akan lebih mantap dan merancang program yang lebih efektif.

(3)        Ucapan Perasmian  : Dato’ Zainal Abidin Bin Hj  Sakom  Pengerusi
            Yayasan Basmi  Kemiskinan
3.1       Bersyukur kepada Allah kerana memberi kesempatan untuknya memenuhi undangan sekolah untuk sama-sama hadir ke Mesyuarat Agung PIBG
3.2       Menyatakan peranan guru dalam menyediakan anak-anak dengan ilmu kehidupan di masa hadapan. Guru memikul tanggungjawab dalam membentuk anak-anak murid di SKTBR1.
3.3       Mengajak ibu bapa berkongsi tanggungjawab dengan guru dalam mengajar dan mendidik anak-anak. Guru –guru menambah nilai murid melalui aktiviti kokurikulum seperti kemahiran berinteraksi, kemahiran menerima kekalahan dan lain-lain. Justeru ibu bapa harus mengenali guru-guru anak mereka.
3.4       Masyarakat patut rasa besyukur kerana pendidikan di sekolah adalah percuma, menyediakan prasarana yang lengkap  serta tenaga pengajar terlatih yang mana dilatih di maktab perguruan yang dibiayai oleh kerajaan berbanding pendidikan swasta yang menelan belanja yang mahal.
3.5       Kejayaan anak-anak diperolehi hasil jalinan hubungan yang baik antara ibu bapa dan guru. Ibu bapa diharapkan jangan merungut. Anak-anak murid dididik dari tahun 1 dan sehingga usianya 12 tahun telah dapat mengaplikasikan ilmunya antaranya solat. Justeru ibu bapa dan guru perlulah ada hubungan yang baik.
3.6       Berharap gelanggang PIBG bukan sahaja pada Mesyuarat Agung sahaja tetapi melalui program dan aktiviti berterusan. Selain itu, berharap akan ada program bagi  memotivasi ibu bapa bagaimana melahirkan anak cemerlang selain menambah nilai untuk ibu bapa milenium.
3.7       Menyatakan pendidikan bukan satu jangka masa yang pendek, ianya memerlukan masa yang panjang dan berterusan, umpamanya yayasan basmi kemiskinan yang memberi keutamaan kepada anak yatim, fakir telah ditubuhkan dan berdikari selama 25 tahun.
3.8       Menyumbang RM3000 untuk pembangunan sekolah dan memohon digunakan sebaik mungkin agar anak-anak dapat manfaatnya.
3.9       Memohon maaf andaikata ada kesilapan dan semoga Allah merestui guru-guru SKTBR1. Merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 13

(B)       MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 13

1.         Ucapan Pengerusi Mesyuarat : En. Khairuddin Bin Hashim
1.1       Terima kasih kepada para ahli yang masih berada dalam mesyuarat. Penghargaan kepada AJK yang telah memberi khidmat yang baik.
1.2       Melahirkan rasa bangga dengan pencapaian-pencapaian yang telah dicapai oleh sekolah dan PIBG. Usaha menuju kecemerlangan perlu diteruskan dan ditingkatkan.

2.         Ucapan Penasihat : En. Mohd Hasren Bin Damiri
2.1       Merakamkan penghargaan kepada AJK lama yang banyak membantu pihak sekolah. Semoga barisan AJK PIBG 2015 yang dipilih nanti akan terus membantu pihak sekolah dalam mencapai kecemerlangan.
3.         Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
            Pembentangan dibuat oleh setiausaha, En. Zainal Abidin Bin Md Nor
            Cadangan untuk disahkan        : Pn. Norazidawati  bt Amsyar
            Sokongan                                 : Pn. Thulasi a/p Ganesan
4.         Perkara – perkara berbangkit
            Tiada perkara berbangkit dikemukakan minit mesuarat kali ke – 12
5.         Pembentangan Laporan Aktiviti Sesi 2014// 2015
            Pembentangan dibuat oleh setiausaha , En. Zainal Abidin seperti yang tertera pada muka surat 14. Setiausaha menekankan perkara 18 iaitu aktiviti kokurikulum di mana sekolah mencapai kejayaan yang gemilang dan pihak PIBG menyumbang dengan memberi insentif kemenangan.
6.         Membentang dan Menerima Laporan Kewangan
            Laporan kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2014 dibentang oleh bendahari,            En. Mohd Ridzwan Bin Jamaluddin seperti tertera dalam buku mesyuarat agung.
            Cadangan untuk diterima         : En. Mohd Razaly Bin Abdullah
            Sokongan                                 : Pn. Sarinah bt Omar
            Tiada perkara berbangkit tentang laporan kewangan berakhir 31 Disember 2014
7.         Pembubaran AJK PIBG Sesi 2014/2015
            Pengerusi mesyuarat En. Khairuddin Bin Hashim , selaku YDP PIBG membubarkan AJK PIBG yang telah dilantik pada 16 Februari 2014.
8.         Perlantikan  Pengerusi Sementara
            GPK Petang, En. Zaini Bin Mad lazin
Cadangan : En. Mohd Yusman Rizal Bin Mohd Yusof
            Sokongan : En. Abd Hadi Bin Jantan

9.         Pelantikan AJK PIBG Sesi 2015/2016
9.1       Mesyuarat ini telah melantik AJK PIBG 2015/2016 di kalangan ibu bapa seperti berikut :
            Yang Dipertua             : En. Khairuddin Bin Hashim
            Naib yang Dipertua      : Tuan Hj Abdul Manaf Bin Shariff

AJK                             : Pn. Norazlinda bt Ahmad
                                                : Pn. Thulasi a/p Ganesan
                                                : En. Ismahalil Bin Abd Hamid
                                                : Pn. Halizah @ Jannah bt Shahadan
                                    : En. Mohd Yusman Rizal Bin Mohd Yusof
                                    : En. Solahhuddin bin Yaakob

Juru Audit                    : Pn. Mazliana bt Musa


9.2       Guru Besar memohon mandat untuk mengumumkan pelantikan AJK PIBG sesi 2015/2016 di kalangan guru-guru seperti berikut :
            Setiausaha        : En. Zainal Abidin Bin Md Nor
            Bendahari        : En. Mohd khairul Qazren Bin Rajab
            AJK                 :  Pn. Faridah bt Othman
                                    : En. Ridzwan Bin Jamaluddin
                                    : Pn. Nik Fatma Jawahir binti Nik Azman
                                    : En. Norhasmadi Bin Nordin
                                    : Pn. Siti Sapora bt Gundad
            Juru Audit        : En khairul Anuar Bin Mohd Daud

9.3       Bagi urusan bank , tiga nama pada akaun adalah yang Dipertua : Khairuddin Bin Hashim, Setiausaha, : Zainal Abidin bin Md Nor dan bendahari : Mohd Khairul Qazren Bin Rajab. Dua daripada tiga tandatangan penama di atas diperlukan pada cek untuk meluluskan wang PIBG

10.       Membentang dan Membahas Usul – Usul Berkaitan PIBG 2015

10.1     Usul 1
            En. Ahhmad Mustafa bin Salamat
            Disokong untuk dibahaskan oleh  En. Mohd Razaly bin Abdulah.
            Kutipan RM10 setiap satu keluarga untuk menyimen seluruh kawasan murid menunggu bas yang bertanah merah. Keadaan menjadi teruk apabila waktu hujan dan becak
            Guru Besar mencadangkan menggunakan wang fizikal dan pembangunan berjumlah RM 4 seperti tertera di lampiran akhir.
10.2     Usul 2
            En. Ravichandran A/l Ayava yang dibacakan oleh Pn Thulasi ( wakil)
            Disokong untuk dibahaskan oleh En. Norhasmadi bin Nordin
            Mendesak pihak berwajib  membina jalan alternatif untuk keluar daripada perkarangan sekolah dan menjadikan laluan Apartment Dahlia/ Cempaka ke SK Taman Bunga Raya 1 sebagai laluan pada waktu puncak persekolahan bagi mengelakkan kesesakan jalan raya terutama waktu pergi dan balik.
            Jawapan YDP  : Akan dibawa ke pihak berwajib

10.3     Usul 3
            En. Khairol Anuar bin Mohd Daud  dibacakan oleh En. Hafiz ( wakil)
            Disokong untuk dibahaskan oleh En. Ahmad Mustafa bin Salamat
            Berkenaan bayaran perkhemahan berjumlah RM100 untuk perkhemahan perdana di luar kawasan sekolah kepada yang berminat.

10.4     Usul 4
            En. Norhasmadi bin Nordin
            Disokong untuk dibahaskan oleh Pn. Suhaida bin Mat Yatim
            Mengenakan yuran sebanyak RM70.00 bagi kursus kepimpinan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengerusi dan Setiausaha Kelab/ Persatuan selama dua hari satu malam di luar kawasan sekolah.

10.5     Usul 5
            En. Abdul Hadi bin Jantan
            Disokong untuk dibahaskan oleh En. Mohd Razaly bin Abdulah
            Berkenaan cadangan sumbangan PIBG sesi persekolahan bagi tahun 2015 seperti yang dilampirkan di muka surat akhir dengan ralat pada ruangan tahun 4A-4F yang mana hanya perlu membayar RM 50 bukannya RM160. Beliau juga memaklumkan bayaran wang kecemerlangan tahun 5 dan 6 telah dipersetujui semasa Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa dan Guru Tahun Lima dan Enam pada 17 Januri 2015.

11.       Cadangan – C adangan / Isu-Isu selain di dalam Buku Mesuarat

11.1     En. Mohd Razaly bin Abdullah
 Mencadangkan lawatan ke sekolah cemerlang. Contoh ke sekolah SK Taman Setiawangasa. Selain itu,  mewujudkan hubungan  baik antar PIBG  SKTBR1 dan SMKTBR1. Disamping itu beliau menyarankan agar memberi peluang ibu bapa memberi sumbangan kepada PIBG.
            Jawapan Guru Besar :
 Mengucapkan terima kasih kepada En. Mohd Razaly atas cadangan tersebut. Pihak  sekolah telah membuat perancangan untuk mengadakan  lawatan ke sekolah yang PIBG nya cemerlang sebagai penanda aras seperti SK Seri Makmur di Sabak Bernam.


11.2     Pn. Sharipah bt Hashim
            Memaklumkan tentang sikap pekerja kedai buku yang tidak mesra pengguna mahupun  pelanggan. Pekerja kedai buku didapati melayan pelanggan dengan kasar yang boleh menjejaskan imej sekolah.

            Jawapan Guru Besar :
 Memaklumkan telah membuat siasataan atas aduan. Kejadian berlaku ketika ibu bapa menerima bantuan persekolahan RM100 dan pada masa itu  ramai ibu bapa ingin membeli buku. Malangnya jumlah ibu bapa yang ingin membeli buku di luar kemampuan pekerja kedai buku memandangkan hanya beliau seorang pada waktu itu. Pada masa akan datang akan menambah pekerja pada hari penerimaaan wang bantuan RM100.
11.3     En. Ahmad Bin Isa                                 
            Memohon pencerahan tentang Fail PBS anak-anaknya. Fail bagi anaknya di tahun 4  mempunyai eviden  dan masih ada di rumah manakala fail anaknya di tahun 2 di dapati kosong.
            Jawapan Pn. Anizah penyelaras PBS :
Terdapat dua Fail PBS iaitu iaitu fail eviden dan fail Pelaporan.  Pada tahun 2014 kementerian melalui pekeliling menyatakan tidak perlu lagi menyimpan  fail   eviden dan dipulangkan pada murid. Manakala Fail Pelaporan perlu disimpan di bilik PBS.
11.4     Pn. Azizah
            Memaklumkan murid-murid 2 Harmoni suka memanjat, berdiri menggunakan kerusi menyebabkan keadaan tidak selamat.
            Jawapan Guru Besar :
            Kerusi tersebut adalah kerusi rosak yang digunakan untuk menyendal pintu yang mana  sering ditiup angin. Tindakan Jawatan kuasa 3K selepas ini akan membuang kerusi tersebut.
11.5     Pn. Hamidah
            Diharap duit PIBG  dapat menjana wang PIBG pada masa akan datang, dari tahun ke tahun didapati berkurangan
            Jawapan Guru besar :
            Pada tahun ini akan  lebih berkhemah dalam perbelanjaan dan menambahkan dana melalui aktiviti dan program.




12.       Ucapan Penangguhan oleh YDP 2015 / 2016 : En. Khairuddin bin Hashim
12.1     Tahniah kepada barisan AJK PIBG yang dilantik. Semoga akan terbentuk kerjasama yang mantap dengan pihak sekolah, guru dan ibu bapa.
12.2     Teruskan momentum kecemerlangan sekolah dengan sasaran tinggi sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum.

MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA PUKUL 12.30 TENGAH HARI


Minit Mesyuarat disediakan oleh, 


(ZAINAL ABIDIN BIN MD NOR)
 Setiausaha PIBG Sesi 2015/ 2016,
 SK. Taman Bunga Raya 1.


Pencatat Minit Mesyuarat Agung
1.   Pn. Norhayati bt Aisa (K)
2.   Pn. Anizah bt Roslan
3.   Pn. Anisah binti Mohamed Tauhid
4.   Pn. Rubiah bt Razak
5.   Pn. Zaitun bt Abd Rahman
6.   Pn. Zammala bt Miskon
7.   Pn. Norasiyah bt Bahisan
8.   Pn. Aznida bt Ahmad
9.   Pn. Siti Sapora Gundad
10. Pn. Faridah bt Othman




Minit disahkan oleh ,


( KHAIRUDIN BIN HASHIM )
YDP PIBG Sesi 2015/2016

SK Taman Bunga Raya 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan